Tujuan 

Latihan ini bertujuan melatih golongan Wanita untuk celik IT dan mahir menggunakan Microsoft Word.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat belajar topik shape tool yang mana ianya terletak di ‘quick access toolbar’. Ianya digunakan untuk menggambarkan bentuk dan membuat bentuk yang dapat dimasukkan ke dalam dokumen antaranya polygon, bintang, garis dan lain-lain. Petugas membantu memberi bimbingan kepada peserta cara menggunakan shapes dan smart art yang berada di ‘quick access toolbar’ serta cara ‘insert text box’ bagi menghasilkan hasil kerja yang lebih menarik dalam penghasilan peta minda dan lain-lain lagi.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta membuat permohonan Pra Sekolah secara atas talian dan membuat kata laluan email yang baru.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini dengan bantuan petugas, peserta dapat membuka semula email yang lama dengan membuat kata laluan yang baru serta peserta dapat membuat permohonan Pra Sekolah secara atas talian dengan lancar. Petugas membantu peserta membuat kata laluan email yang baru kerana peserta sudah terlupa kata laluan yang lama. Setelah berjaya membuat kata laluan email yang baru, peserta kemudian membuat permohonan Pra Sekolah bagi sesi 2024/2025. Peserta diminta memasukkan maklumat ibu bapa dan anak dibawah jagaan mereka serta maklumat-maklumat lain yang diperlukan.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta mencungkil bakat dan meningkatkan kemahiran peserta dengan mencipta poster yang kreatif dan menarik

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, petugas dapat membantu peserta menggunakan perisian Canva dalam menyunting poster di mana menyediakan pelbagai contoh templete dan layout yang terkini.Petugas membantu peserta dalam membuat tugasan folio dengan menggunakan aplikasi Canva kerana mempunyai templete dan layout yang menarik. Petugas menerangkan serta menunjukkan cara menggunakan canva kepada peserta antaranya cara pemilihan font tulisan, gambar latar belakang serta memasukkan gambar ke dalam poster. Setelah siap, petugas mengajar cara menyimpan hasil kerja ke dalam emel peserta masing-masing

 Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta memahami maksud TikTok Affiliate dan apa manfaat-manfaat yang akan diperolehi oleh peserta.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat memanfaatkan penggunaan TikTok sambil menjana pendapatan sampingan melalui  TikTok Affiliate. Petugas menyarankan semua peserta untuk memuat turun TikTok Shop bagi memudahkan mereka untuk memahami perbezaan penggunaan TikTok biasa dan TikTok Shop. Kemudian mereka diberi taklimat tentang apa itu TikTok Affiliate, cara untuk membuat TikTok Affiliate dari permulaan hingga bagaimana duit akan diperolehi. Terdapat pelbagai kelebihan dan kemudahan bagi suri rumah untuk menjana pendapatan hanya dengan TikTok Shop.

Gambar Disini

Tujuan 

Program ini bertujuan membantu usahawan mempelajari tiktok shop sebagai medium jualan diatas talian.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat mempelajari teknik mencipta video pendek dan menarik follower untuk like, comment dan share. Para peserta diberi taklimat ringkas berkaitan cara menggunakan hashtag yang trending dan posting. Kemudian, petugas  mengajar cara membuat video dengan mudah menggunakan apps canva serta memilih lagu yang trending

Gambar Disini