Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta dalam melatih menggunakan Ms Power Point.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat membuat slide presentation kertas kerja bagi permohonan bantuan RISDA. Peserta ingin mempelajari cara membuat slide presentation untuk kertas kerja usahawan bantuan RISDA. Petugas mengajar peserta cara mengisi maklumat usahawan dan cara memasukkan gambar ke dalam Ms powerpoint. Setelah siap, peserta menyemak kembali kertas kerja tersebut sebelum dicetak.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan melatih peserta meningkatkan dan menambahkan pengetahuan kepelbagaian cara untuk menggunakan Ms Word.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat membuat jadual dengan mudah. Peserta ingin mempelajari cara membuat timesheet iaitu jadual rekod jumlah masa pekerja yang bekerja. Oleh itu, petugas mengajar peserta membuat satu jadual menggunakan table. Peserta diajar cara untuk memilih design jadual, mewarna jadual, menukar jenis tulisan dan warna tulisan. Peserta juga diajar format jadual seperti peserta boleh merge cell, delete cell dan add cell.

Gambar Disini

 

 

Tujuan 

Latihan ini bertujuan melatih peserta membuat lakaran lukisan dan mewarna menggunakan Ms Paint kemudian menyimpannya sebagai folder gambar (jpeg).

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, petugas dapat melatih peserta mahir menggunakan tetikus (mouse) kerana ia merupakan asas dalam mahir menggunakan komputer.Petugas memberi penerangan ringkas mengenai topic Ms Paint kepada peserta serta menunjukkan fungsi – fungsi yang ada di dalam Ms tersebut. Kemudian, para peserta telah diajar melukis menggunakan pensil dan bentuk (Shapes). Setelah siap membuat lakaran lukisan, peserta mewarnakan lukisan menggunakan alat paint bucket dengan pelbagai warna agar lukisan nampak cantik dan menarik. Akhir sekali, dengan hasil lukisan yang telah siap, petugas mengajar peserta menyimpan ke dalam format gambar(jpeg) dan sedia untuk dicetak

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta dalam mengembangkan perniagaan beliau dengan menjalankan perniagaan atas talian.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat memahirkan penggunaan aplikasi Shopee untuk berniaga atas talian.Program bermula jam 2.30 petang yang dihadiri 10 orang peserta terdiri daripada usaahwan wanita. Program ini adalah untuk memberi pendedahan penggunaan aplikasi Shopee dalam perniagaan dalam talian. Modul yang diajar sepanjang kelas adalah pengenalan kepada aplikasi Shopee, pembukaan akaun Shopee, strategi pemasaran dan pengurusan pemprosesan penjualan. Peserta juga diberi penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) sebagai ilmu tambahan.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan memahirkan peserta menggunakan perisian Micsoroft Power Point dan meningkatkan kreativiti dalam menghias slide presentation.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakannya terutama kemahiran membuat ‘slide presentation’. Peserta diberi tunjuk ajar menggunakan perisian Microsoft Power Point. Dalam membuat slide presentation, petugas turut mengajar cara memasukkan gambar, menggunakan fungsi ‘Word Art’, memilih jenis, saiz, warna dan membuat transition setiap slide. Setelah itu, petugas memberi tugasan yang bertajuk percutian Idaman saya kepada peserta sebagai latihan dalam mengukuhkan lagi kefahaman.

Gambar Disini