Tujuan 

Latihan ini membantu peserta menambah nilai kepada kreativiti dan kemahiran teknologi peserta

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mempelajari cara membuat poster secara atas talian dan menggunakan templete yang sedia ada.  Latihan ini dimulakan dengan mengajar peserta cara menggunakan postermywall seperti pemilihan templete poster, cara memasukkan gambar dan menukar jenis tulisan. Kemudian, peserta memiih sendiri templete poster yang diingini dan cuba untuk membuat poster mengikut kreativiti masing-masing dengan bantuan petugas. Setelah poster siap dibuat, peserta diberi permainan Pendidikan iaitu kuiz online bertemakan kemerdekaan.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini membantu peserta memahami dan menghayati Rukun Negara, dalam masa yang sama peserta dapat bermain permainan pendidikan sambil belajar.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mengetahui cara yang betul untuk memuat turun gambar bunga raya dari Google dan memasukkan ke dalam Ms word. Peserta juga dapat membuat latihan menaip dengan pantas. Latihan ini dimulakan dengan mengajar peserta mencari gambar di internet. Peserta diberi tugasan untuk menaip 5 Rukun Negara beserta gambar bunga raya menggunakan Ms Word. Setelah tugasan telah siap dibuat, peserta diberi permainan Pendidikan iaitu silang kata bertemakan kemerdekaan.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer.

 

Aktiviti 

Melalui latihan ini, peserta dapat mempelajari menggunakan Ms word untuk menyiapkan tugasan.  Petugas membantu peserta dalam menggunakan Ms word seperti mengajar cara membuat jadual, carta alir, memasukkan gambar ke dalam Ms Word.

Gambar Disini

Tujuan 

  1. Mahir menaip,menguji kefahaman dan pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan Malaysia
  2. serta memberi latihan softskill kepada para peserta untuk meningkatkan kemahiran berfikir mereka dalam menyelesaikan masalah menerusi penyelesaian puzzle tangram.
 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mengenali papan kekunci dan mahir dalam menaip. Dalam mengikuti kuiz atas talian pula, peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dalam sejarah kemerdekaan. Peserta diberi latihan asas menaip terlebih dahulu bagi mengenali fungsi papan kekunci dengan menggunakan Ms word untuk menaip lagu Negeraku sebagai tugasan mereka. Selepas itu, petugas memberikan kuiz secara atas talian bertemakan kemerdekaan. Akhir sekali, petugas mengajak peserta bermain permainan tangram builder untuk mencungkil kemahiran berfikir.

Gambar Disini

Tujuan 

Membantu peserta mempelajari cara memuat turun gambar dan menyusun ke dalam Ms power point.

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mengetahui cara yang betul untuk memuat turun gambar pengangkutan dari Google dan menyusun ke dalam Ms power point dengan kemas. Latihan ini dimulakan dengan memberi penerangan tentang jenis-jenis penggangkutan yang terdapat di Malaysia kepada peserta. Kemudian peserta di minta untuk memilih penganggkutan yang dimahukan kemudian memuat turun gambar tersebut untuk disusun kedalam Ms power point. Peserta perlu menamakan setiap penganggkutan yang telah dipilih.

Gambar Disini