Tujuan 

Latihan ini bertujuan mendedahkan penggunaan komputer dan internet dalam sistem pembelajaran dengan cara lebih interaktif dan seronok

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta mempelajari asas coding dan programming melalui aplikasi permainan di laman sesawang studio.code . Petugas memberikan penerangan ringkas pengenalan asas coding sebelum memulakan latihan. Kemudian, peserta membuka aplikasi permainan studio.code untuk mula mempelajari asas coding.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan mendedahkan penggunaan komputer dan internet dalam sistem pembelajaran dengan cara lebih interaktif dan seronok

 

Aktiviti 

Melalui aktiviti ini, peserta dapat mempelajari cara membuat QR Code untuk mengesan kehadiran ke majlis hari jadi dan membuat poster yang menarik. Hal ini kerana, penjana kod QR memberikan banyak kelebihan dan serba boleh, ia sangat sesuai untuk melaksanakan tugas/majlis tertentu. Petugas menerangkan kelebihan QR code dan mempelajari cara membuat dengan menggunakan QR Code Generator. Di dalam QR code tersebut, peserta dapat mengisi maklumat majlis jemputan hari jadi. Kemudian, peserta memilih templete poster yang menarik di postermywall untuk menghasilkan poster hari jadi dan memasukkan sekali QR Code yang telah berjaya dibuat.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan kepada komuniti setempat dengan Pertandingan Mewarna Merdeka pelbagai kategori

 

Aktiviti 

Melalui pertandingan ini, dapat menghimpunkan komuniti setempat, bersama-sama mewarna dan menyanyi lagu kemerdekaan dengan pelbagai lapisan umur.  Program ini bermula dengan Pertandingan Mewarna Merdeka. Terbahagi kepada empat kategori iaitu Pra Sekolah, Sekolah Rendah Tahap 1 & 2, serta kategori dewasa. Peserta terdiri daripada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan juga ibu-ibu. Setelah selesai pertandingan mewarna dan penyerahan hadiah kepada pemenang juga saguhati kepada peserta yang hadir, mereka semua berdiri untuk menyanyikan lagu-lagu kemerdekaan sambil mengibarkan bendera.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan mendedahkan penggunaan komputer dan internet dalam sistem pembelajaran dengan cara lebih interaktif dan seronok.

 

Aktiviti 

Latihan ini membantu peserta mempelajari cara mencari sesuatu maklumat dengan menggunakan kata kunci yang betul. Selain itu, peserta dapat mengetahui teknik buang latar belakang gambar untuk menghasilkan gambar yang cantik untuk dimasukkan ke dalam poster.  Untuk menghasilkan poster yang cantik dan menarik, peserta menggunakan templete yang percuma di postermywall. Sebelum membuat poster, petugas memberi tugasan iaitu mencari gambar di internet dan membuat teknik buang later belakang gambar dahulu. Setelah siap, peserta diminta memilih templete poster yang diinginkan dan mula membuat poster.

Gambar Disini

Tujuan 

Latihan ini bertujuan membantu peserta menaip dengan lebih pantas dan sempena bulan kemerdekaan petugas mengadakan game Bingo Merdeka.

 

Aktiviti 

Latihan menaip melalui aplikasi Rapid Typing membantu peserta mempelajari cara menaip dengan lebih efisien dimana peserta tahu menggerakkan jari dengan pantas. Selain itu, petugas juga mengadakan game bingo bertemakan kemerdekaan untuk menguji pengetahuan peserta tentang sejarah kemerdekaan Malaysia.  Latihan ini dimulai dengan peserta membuka aplikasi Rapid Typing untuk mempelajari cara menaip. Peserta diberi beberapa latihan supaya dapat melatih jari mereka bergerak dengan lebih pantas mengikut abjad yang tertera di screen. Kemudian, petugas memberi contoh cerita pendek beserta gambar untuk para peserta menaip semula di komputer masing-masing menggunakan Ms Word. Setelah selesai latihan menaip, peserta seterusnya bermain permainan pendidikan iaitu Bingo Merdeka dengan mencari beberapa perkataan berkaitan sejarah kemerdekaan Malaysia.

Gambar Disini