Tujuan Latihan ini bertujuan melatih peserta membuat lakaran lukisan dan mewarna menggunakan Ms Paint kemudian menyimpannya sebagai folder gambar (jpeg). |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, petugas dapat melatih peserta mahir menggunakan tetikus (mouse) kerana ia merupakan asas dalam mahir menggunakan komputer. Selain itu, peserta dapat belajar melukis dan mewarnakan gambar yang mereka reka di dalam Ms Paint. Petugas memberi penerangan ringkas mengenai topic Ms Paint kepada peserta serta menunjukkan fungsi – fungsi yang ada di dalam Ms tersebut. Kemudian, para peserta telah diajar melukis menggunakan pensil dan bentuk (Shapes). Setelah siap membuat lakaran lukisan, peserta mewarnakan lukisan menggunakan alat paint bucket dengan pelbagai warna agar lukisan nampak cantik dan menarik. Akhir sekali, dengan hasil lukisan yang telah siap, petugas mengajar peserta menyimpan ke dalam format gambar(jpeg) dan sedia untuk dicetak. |
Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta dalam memohon perkhidmatan pendidikan melalui atas talian. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat membuat permohonan dengan mudah dengan bantuan petugas. Peserta mendaftar masuk laman web perkhidmatan Pendidikan (spp.gov). Kemudian, peserta mengisi maklumat peribadi, akademik dan kurikulum yang diperlukan. Petugas menunjukkan cara memuat naik dokumen sijil-sijil akademik ke dalam permohonan tersebut. Petugas juga menunjukkan cara memilih jawatan yang ingin dipohon. Setelah siap mengisi dan semak semua maklumat yang diperlukan, peserta klik SAH dan HANTAR dan borang permohonan sedia untuk dicetak. |
Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta membuat surat jemputan majlis, surat rasmi dan juga cara menggunakan web whatsapp. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini peserta dapat mempelajari menggunakan web whatsapp untuk pertama kali, membuat surat jemputan ke majlis jamuan raya serta menyiapkan Laporan JPKK. Petugas membantu peserta menggunakan web whatsapp untuk memuat turun gambar-gambar dari group whatsapp kampung. Setelah berjaya memuat turun gambar-gambar yang dimahukan, peserta kemudian menyunting gambar tersebut untuk dimasukkan kedalam laporan JPKK. Apabila selesai, peserta membuat surat jemputan kepada ahli-ahli JPKK serta tetamu VIP ke Majlis Rumah Terbuka JPKK Kg. Lengkong. |
Tujuan Latihan ini bertujuan mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi Kg Jambu Rias serta memberikan taklimat KDB kepada penduduk kampung di sekitar karak. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini, peserta dapat membudayakan penggunaan internet secara positif dan membendung masalah penyalah gunaan internet antaranya dalam menyebarkan maklumat palsu, buli siber dan oversharing. Program ini bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang yang terdiri dari 68 orang peserta. Aktiviti pertama yang dilaksanakan adalah Taklimat Klik Dengan Bijak iaitu maklumat palsu, buli siber dan Oversharing. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan kuiz spontan KDB & ICT, pertandingan mewarna kanak-kanak, Sudoku fruit dan word search KDB yang disertai oleh semua golongan peserta. Pada akhir program, diadakan sesi penyampaian hadiah dan cenderahati yang disampaikan oleh petugas PEDi dan petugas perpustakaan desa. |
Tujuan Latihan ini bertujuan membantu peserta membuat permohonan nikah melalui laman sesawang e-Munakahat Pahang. |
|
Aktiviti |
|
Melalui latihan ini dengan bimbingan petugas, peserta dapat membuka semula laman sesawang e-Munakahat Pahang kerana terlupa kata laluan kemudian membuat permohonan nikah. Petugas membantu peserta memohon kata laluan baru sistem e-Munakahat kerana peserta terlupa kata laluan. Setelah berjaya membuat kata laluan yang baru, peserta kemudian membuat permohonan nikah. Peserta perlu mengisi maklumat lengkap mengenai beliau, pasangan, wali serta saksi seperti yang tertera didalam sistem e-Munakahat Pahang. Apabila selesai mengisi semua maklumat, peserta kemudian menghantar permohonan. |